LENSA KPWKM

PERHIMPUNAN BULANAN KPWKM BIL.82025

Program      25 Ogos 2025      Kuala Lumpur    

Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 8 Semarakkan Semangat Merdeka

25 Ogos 2025

Bahang kemerdekaan semakin terasa apabila warga KPWKM bersatu hati pada hari ini berkumpul dalam Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 8 Tahun 2025 yang diadakan di Dewan Intelek, Institut Sosial Malaysia.

Dalam majlis ini, Bulan Kebangsaan Peringkat KPWKM dilancarkan sebagai simbol kesatuan dan kecintaan kepada tanah air. Dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, ia amat bertepatan dengan matlamat KPWKM dalam menyantuni sepuluh kumpulan sasar Kementerian.

Antara pencapaian KPWKM sepanjang bulan ini adalah:

-Pencapaian Cemerlang 5 Bintang KPI HRMIS 2024 dengan skor 98.01% dan penerimaan Sijil Penghargaan Sistem EPESSO, selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam 2024–2030.

-Penganjuran Hari Digital KPWKM 2025 yang menonjolkan komitmen kementerian dalam mendukung agenda pendigitalan dan inovasi bagi meningkatkan perkhidmatan awam yang responsif dan mesra rakyat.

-Program KASIH Kanak-Kanak telah dijalankan di Kuala Lumpur, Kuching dan Sri Aman untuk meningkatkan kesedaran terhadap isu penderaan, pengabaian dan eksploitasi.

-Pelbagai program telah dilaksanakan antaranya Wacana Khas Keluarga Islam Sarawak, Program Inspirasi Wanita: Secure. Lead. Transform, dan Aku Wanita@KRT Negeri Perak bagi memperkukuh institusi keluarga dan wanita.

-Forum Ekonomi Wanita APEC 2025 di Incheon, Korea Selatan yang telah membincangkan isu berkaitan dengan ekonomi penjagan serta penggunaan AI (kecerdasan pembuatan.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapannya turut menyeru seluruh warga KPWKM untuk terus belajar, berinovasi, mempertingkatkan mutu penyampaian, dan berkhidmat dengan hati yang ikhlas.

ATAS
Accessbility Option