Majlis Penyerahan Projek Siap Ubah Suai Pejabat Tribunal Antigangguan Seksual
???? Menara Aras Raya, Kuala Lumpur
???? 17 Jun 2025
Majlis penyerahan projek ubah suai pejabat di Aras 26 & 27 Bangunan Menara Aras Raya untuk dijadikan Pejabat Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS) telah diadakan pada hari ini dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Projek ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan MADANI memperkemas peranan dan fungsi TAGS bagi menghapuskan budaya menormalisasikan gangguan seksual dalam kalangan masyarakat serta memperkasa hak dan keselamatan semua lapisan rakyat.
Urusan perpindahan pejabat dari Putrajaya ke Kuala Lumpur sedang dilaksanakan secara berperingkat dan pejabat TAGS dijangka beroperasi di Menara Aras Raya pada pertengahan bulan Oktober 2025.
Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Farah Adura Binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi, Puan Syafeera Binti Mohd Said, Presiden TAGS, Puan Syahidatul Aazimah Binti Ahmad Sidique, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Setiausaha-Setiausaha Bahagian di sektor operasi, Wakil Syarikat Sawara Jitu Empire serta Pegawai-Pegawai Kementerian.