LENSA KPWKM

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA DAN JAWATANKUASA PEMANDU CEDAW BIL 1 TAHUN 2026

Mesyuarat      9 Mac 2026      KPWKM    

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Pemandu CEDAW Bil 1 Tahun 2026

9 Mac 2026

Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Pemandu CEDAW Bilangan 1 Tahun 2026 bagi membincangkan penyediaan Laporan Susulan Malaysia terhadap Concluding Observations yang dikemukakan oleh Jawatankuasa CEDAW.

CEDAW atau Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women merupakan komitmen antarabangsa Malaysia dalam memastikan hak, perlindungan dan peluang yang saksama kepada wanita terus diperkukuh melalui dasar, perundangan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Bertepatan dengan sambutan Hari Wanita Sedunia, mesyuarat ini menjadi satu peringatan bahawa usaha memperkasa wanita bukan sekadar simbolik, tetapi memerlukan komitmen berterusan serta kerjasama erat antara kementerian dan agensi bagi memastikan setiap inisiatif yang dirangka benar-benar memberi manfaat kepada wanita di negara ini.

Semoga segala usaha yang dilaksanakan terus memperkukuh kesejahteraan wanita, keluarga dan masyarakat, selari dengan aspirasi Malaysia untuk mencapai kesaksamaan gender yang lebih inklusif dan mampan.

ATAS
Accessbility Option