LENSA KPWKM

THE TWENTIETH MEETING OF THE ASEAN PLUS THREE SENIOR OFFICIALS MEETING ON SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT (20TH SOMSWD+3)

Mesyuarat      28 Ogos 2025      KPWKM    

THE TWENTIETH MEETING OF THE ASEAN PLUS THREE SENIOR OFFICIALS MEETING ON SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT (20TH SOMSWD+3)

28 Ogos 2025

YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengetuai delegasi Malaysia bagi menghadiri 20th Meeting of the ASEAN Plus Three Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (20th SOMSWD + 3) yang dianjurkan oleh Myanmar secara dalam talian. 20th SOMSWD + 3 dihadiri oleh SOMSWD Leaders dari Negara Anggota ASEAN bersama-sama China, Republik Korea dan Jepun.

Mesyuarat ini membincangkan status kerjasama strategik di antara SOMSWD dan China, Republik Korea serta Jepun dalam memperkukuh agenda kebajikan sosial ASEAN melalui kepakaran teknikal, sokongan pembiayaan dan pertukaran inovasi.

Semasa mesyuarat, YBrs. Encik Mohd Daud telah menyampaikan intervensi berhubung pandangan Malaysia bahawa perlindungan sosial yang responsif merupakan satu pelaburan yang perlu diberi keutamaan bagi memastikan setiap penduduk ASEAN terutamanya golongan rentan dapat dilindungi.

Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada Republik Korea atas sokongan yang diberikan melalui ASEAN-Korea Cooperation Fund (AKCF) dalam penganjuran ASEAN + ROK Conference on Care and Support for Older Person di Kuala Lumpur pada 30 Jun hingga 2 Julai 2025 yang lalu. Penganjuran persidangan tersebut adalah selari dengan Regional Plan of Action on Implementing the Kuala Lumpur Declaration on Ageing: Empowering Older Persons in ASEAN.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pembangunan Wanita serta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

ATAS
Accessbility Option