LENSA KPWKM

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI KPWKM TAHUN 2026

Lawatan      26 September 2026      Sarawak    

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI KPWKM TAHUN 2026

26 September 2026

Program Kampung Angkat MADANI merupakan satu inisiatif nasional yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, untuk memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat melalui pendekatan pembangunan yang lebih tersusun, berfokus dan berteraskan keperluan sebenar komuniti setempat.

Seiring dengan objektifnya, Kementerian Pembangunan Wanita, keluaga dan Masyarakat (KPWKM) telah memilih Kampung Rampangi Fasa 2 di Kuching, Sarawak sebagai Kampung Angkat MADANI KPWKM Tahun 2026 dengan menjalankan skop projek iaitu Kerja-Kerja Membaik Pulih Surau Darul Ikhtiar.

Dalam masa yang sama, pelaksanaan kerja-kerja membina lantai baharu di Surau Darul Ikhtiar turut melibatkan kerjasama strategik dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak melalui penglibatan pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Inisiatif ini bukan sahaja menyokong pelaksanaan projek pembangunan komuniti, malah menyediakan ruang kepada pelajar TVET untuk memperoleh pendedahan dan pengalaman praktikal, selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memperkasa penglibatan serta pembangunan kemahiran pelajar TVET.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah turun padang bagi meninjau serta memantau secara langsung kemajuan pelaksanaan Program Kampung Angkat MADANI KPWKM Tahun 2026, yang kini telah mencapai hampir 90% kemajuan di tapak.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen KPWKM dalam memastikan setiap projek yang dirancang dapat disiapkan mengikut tempoh dan mencapai objektif yang ditetapkan, seterusnya memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Encik Abdul Rahman Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, ABM Wilayah Sarawak, pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan, KPWKM serta wakil penduduk Kampung Rampangi Fasa 2.

ATAS
Accessbility Option