LENSA KPWKM

KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2025 SEMPENA PROGRAM RANCAKKAN MADANI BERSAMA MALAYSIAKU

Program      6 Disember 2025      Putrajaya    

KONVENSYEN NASIONAL REFORMASI PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2025 SEMPENA PROGRAM RANCAKKAN MADANI BERSAMA MALAYSIAKU

6 Disember 2025

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah menghadiri Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Putrajaya.

Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 merupakan salah satu komponen utama sempena Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dengan menampilkan ucaptama oleh kedua-dua YAB Timbalan Perdana Menteri serta siri forum yang menghimpunkan barisan panel yang terdiri daripada tokoh dan pemimpin merentas pelbagai sektor.

YBhg. Tan Sri KSN juga telah melancarkan Pekeliling ILTIZAM dan Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam (I-PPA) yang bakal menjadi pemangkin utama dalam mengukuhkan tadbir urus berasaskan prestasi di seluruh sistem penyampaian kerajaan.

Pekeliling tersebut adalah untuk menyokong pelaksanaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan (ILTIZAM) yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2025, manakala I-PPA berfungsi sebagai instrumen rasmi untuk mengukur, menilai dan memantau kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan sebagaimana digariskan di bawah Seksyen 7(1) akta berkenaan.

Konvensyen ini diadakan bagi membuka ruang perbincangan yang lebih komprehensif mengenai hala tuju dan masa depan reformasi perkhidmatan awam.

Turut hadir dalam konvensyen tersebut, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KPWKM dan YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), KPWKM.

ATAS
Accessbility Option