LENSA KPWKM

PERSIDANGAN KETUA PEGAWAI DIGITAL SEKTOR AWAM 2025 (CDO CONVEX 2025)

Program      30 Jun 2025      Putrajaya    

Persidangan Ketua Pegawai Digital Sektor Awam 2025 (CDO CONVEX 2025)

Yang Berusaha Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, telah menyertai CDO CONVEX 2025 yang berlangsung pada 30 Jun 2025 (Isnin) di Hotel The Everly, Putrajaya. Persidangan ini bertemakan Pemimpin Digital Cerdas dan Tangkas Era Baharu dan dianjurkan secara eksklusif oleh Jabatan Digital Negara (JDN) bagi pemimpin digital sektor awam, khususnya Ketua Pegawai Digital (CDO) sektor awam dan juga penglibatan pemimpin digital sektor swasta, pakar akademik serta wakil industri.

Menerusi Sesi 2 iaitu Digital Leadership Zoom In, YBrs. Puan Farah Adura telah menjadi salah seorang ahli panel bagi membincangkan topik “Kepimpinan Digital: Strategi, Cabaran dan Transformasi”, bersama tiga ahli panel lain iaitu Mantan Ketua Pengarah JDN, Naib Presiden Eksekutif TM One, dan Ketua Pegawai Digital Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Melalui penyertaan aktif dalam platform seperti CDO CONVEX 2025, KPWKM terus mendukung usaha memperkasa ekosistem digital sektor awam, selaras dengan aspirasi negara ke arah pendigitalan menyeluruh yang berimpak tinggi dan berteraskan rakyat.

ATAS
Accessbility Option