LENSA KPWKM

FORUM THE NEXT CHAPTER PLANNING FOR NEURODIVERGENT LIVES AND AGEING FAMILIES

Program      22 September 2026      Kuala Lumpur    

Forum “The Next Chapter: Planning for Neurodivergent Lives and Ageing Families”

22 September 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) giat melaksanakan ekosistem penjagaan dan perlindungan yang bersepadu dengan memperkukuh kerjasama antara sektor awam, swasta dan komuniti bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang menyeluruh.

Dalam ucapan pembukaan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di forum “The Next Chapter: Planning for Neurodivergent Lives and Ageing Families”; beliau berkata KPWKM akan meneruskan kerjasama ini bersama-sama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Forum anjuran Malaysia Healthy Ageing Society (MHAS) dan Oasis ini membincangkan isu penting berkaitan masa depan individu neurodivergent yang melangkah ke alam dewasa serta persediaan ibu bapa dan penjaga yang semakin menua.

Program ini menghimpunkan pelbagai pihak yang berkepentingan termasuk penggubal dasar, pakar penjagaan kesihatan dan sosial, organisasi komuniti, penjaga, individu neurodivergent dan orang awam.

Penceramah TEDx dan terapis terkenal dari Amerika Syarikat, Dr Bill Wong turut diundang untuk berkongsi tentang cara kerja neurodivergent.

KPWKM terus komited menyokong usaha memperkukuh ekosistem sokongan kepada individu neurodivergent agar dapat menikmati kehidupan yang lebih inklusif, berdikari dan sejahtera.

Turut hadir dalam forum ini ialah Puan Norhadznita Mohammad Ilham, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Kolaborasi Strategik KPWKM, Puan Hezleen Hassan, Pengarah Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Puan Mona Fairuz Nordin, Ketua Komunikasi Korporat KPWKM.

ATAS
Accessbility Option