LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS PEMBANGUNAN PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPORDUKTIF DAN SOSIAL KEBANGSAAN (PEKERTI) 2026-2030 SIRI 1

Program      21 Julai 2026      KPWKM    

SESI LIBAT URUS PELAN TINDAKAN PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL KEBANGSAAN (PEKERTI) 2026-2030 SIRI 1

21 Julai 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan Kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan (PEKERTI) 2026-2030 Siri 1 pada 21 Julai 2026 di Dewan Perdana Nur, KPWKM.

SLU ini dilaksanakan bagi memandu hala tuju Pelan Tindakan PEKERTI 2026-2030 (PEKERTI 3.0) memandangkan objektif SLU Siri 1 adalah bagi penentuan rangka kerja dan pengemaskinian hala tuju pelan tindakan PEKERTI 2026-2030 dan seterusnya SLU siri 2 akan diadakan pada bulan Ogos 2026 bagi pemurnian dokumen dan pengesahan maklum balas yang dipersetujui di peringkat kementerian dan jabatan.

Pelaksaaan dua siri SLU ini amat penting bagi mendapatkan pandangan serta percambahan idea daripada semua pemegang taruh. Segala input yang dikemukakan amat bernilai dan akan dijadikan asas penting dalam memperkukuhkan kandungan Pelan Tindakan PEKERTI 2026–2030.

Sesi ini telah menghimpunkan penyertaan seramai 77 orang peserta dari pelbagai bidang kepakaran yang berkaitan kesihatan reproduktif, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik dari Universti Malaya. Sesi sumbang saran telah dilaksanakan melalui perbincangan dalam kumpulan kecil yang telah dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut cadangan teras Pelan Tindakan PEKERTI 2026-2030.

Pelaksanaan SLU ini diharapkan dapat menghasilkan satu Pelan Tindakan PEKERTI 2026–2030 yang komprehensif dan berimpak tinggi. Pelan tindakan ini dijangka dilancarkan pada penghujung tahun 2026 sebagai panduan strategik dalam menangani isu-isu semasa berkaitan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk membentuk masyarakat yang sejahtera.

Sesi disempurnakan oleh YBrs. Puan Safriah binti Md. Adzhar, Setiausaha Bahagian Kesejahteraan, Wanita, Kanak-Kanak dan Keluarga, KPWKM.

ATAS
Accessbility Option