LENSA KPWKM

MESYUARAT BADAN PENILAIAN MAJLIS SOSIAL NEGARA (MSN) BILANGAN 1 TAHUN 2025

Mesyuarat      14 Julai 2025      KPWKM    

Mesyuarat Badan Penilaian Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mempengerusikan Mesyuarat Badan Penilaian Majlis Sosial Negara (MSN) Bilangan 1 Tahun 2025. Badan Penilaian MSN merupakan entiti di bawah Mekanisme Pemantauan Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 yang diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 November 2024 berperanan untuk memantau kemajuan pelaksanaan DSN 2030 dan Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara (PTDSN) 2030. Badan ini juga berperanan untuk membincang dan merangka strategi penyelesaian bagi menangani isu sosial yang dibangkitkan dalam Mesyuarat MSN yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Keahlian Badan Penilaian MSN ini terdiri daripada Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah kementerian/ jabatan/ agensi yang berportfolio sosial.

Sebanyak dua isu sosial telah dibincangkan iaitu:

(i) Cadangan Menangani Isu Penempatan Gelandangan Mental
(ii) Pendekatan Bersepadu bagi Menangani Isu Keciciran Murid India

Hasil mesyuarat ini akan dilaporkan semasa Mesyuarat MSN akan datang. Turut sama hadir dalam mesyuarat ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM serta Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi KPWKM.

ATAS
Accessbility Option