LENSA KPWKM

KPWKM ZAHIRKAN CINTA KEPADA NEGARA SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA 2025

Program      16 September 2025      Pulau Pinang    

KPWKM Zahirkan Cinta kepada Negara Sempena Sambutan Hari Malaysia 2025

16 September 2025

Hari Malaysia 2025 diraikan dengan penuh semangat kebersamaan di Pusat Konvensyen PICCA @ Butterworth Arena, Pulau Pinang, dengan kehadiran ribuan rakyat berbilang kaum bersama pimpinan negara.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, hadir memeriahkan majlis yang turut diserikan dengan keberangkatan TYT Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib serta YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, barisan kepimpinan negara dan delegasi antarabangsa.

Seiring seruan Perdana Menteri, KPWKM komited mendukung aspirasi Malaysia MADANI berteraskan ihsan demi menjamin kesejahteraan rakyat. Kementerian juga akan terus memperkukuh agenda inklusif agar manfaat pembangunan dapat dirasai kumpulan sasar seperti wanita, kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Dengan tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni”, sambutan ini mengangkat kepelbagaian budaya dan semangat perpaduan sebagai tunjang kekuatan negara menuju masa depan yang lebih sejahtera, inklusif dan berdaya tahan.

ATAS
Accessbility Option