LENSA KPWKM

ZIARAH KEMBARA KASIH KPWKM ZON 2 HARI KETIGA

Program      24 Mei 2025      Sabah    

Ziarah Kembara KASIH KPWKM Zon 2: Hari Ketiga

24 Mei 2025

“Selepas hujan pasti ada pelangi”. Itulah gambaran kehidupan Puan Salina binti Iskandar, seorang wanita kuat yang bangkit demi anak-anak setelah melalui episod penceraian pada tahun 2017. Beliau merupakan klien 2YEP JKM dan menjalankan perniagaan menjual nasi lemak bagi menyara anak-anak yang masih bersekolah. Berkat usaha dan kerja kerasnya, beliau telah menerima Anugerah Usahawan Jaya Tahun 2022 sempena Konvensyen Keusahawanan Sosial JKM. Beliau juga pernah menerima Bantuan Kanak-kanak pada tahun 2019 sehingga 2023 bagi menyara anak-anaknya yang masih bersekolah pada ketika itu.

Ketabahan Puan Salina membesarkan anak-anak dengan keringatnya sendiri ini menjadi inspirasi buat pasukan konvoi Kembara KASIH KPWKM yang datang berkunjung ke kediamannya pada hari ini.

Seterusnya, kami menyantuni seorang warga emas iaitu Amina binti Aytil yang berusia 82 tahun dan masih berupaya menguruskan diri sendiri. Beliau hanya menghidap penyakit darah tinggi dan tahap kolesterol yang tinggi. Beliau juga merupakan penerima Bantuan Kewangan JKM di bawah skim Bantuan Warga Emas.

Sebagai tanda sokongan KPWKM, telah disampaikan Bakul Makanan JKM, Kit Kesihatan LPPKN serta Sumbangan Wang Tunai YKN kepada kedua-dua klien yang disantuni pada hari ini.

ATAS
Accessbility Option