LENSA KPWKM

KPWKM KOMITED MEMANTAU PELAKSANAAN PROGRAM DAN PROJEK PEMBANGUNAN TAHUN 2026

Mesyuarat      17 Mac 2026      KPWKM    

KPWKM Komited Memantau Pelaksanaan Program dan Projek Pembangunan Tahun 2026

17 Mac 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus mempergiat usaha dalam memastikan pelaksanaan program dan projek pembangunan bagi Tahun 2026 berjalan dengan lebih tersusun, cekap dan berimpak tinggi di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).

Komitmen ini dizahirkan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian (JTPK) KPWKM Bilangan 3 Tahun 2026 yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM. Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada perancangan pelaksanaan 48 program dan projek pembangunan sedia ada termasuk inisiatif di bawah Program Cakna MADANI.

Turut hadir, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM bersama-sama Ketua-Ketua Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh wakil daripada Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Ekonomi (KE), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM), Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG).

ATAS
Accessbility Option