LENSA KPWKM

BENGKEL PEMANTAPAN DAN PENYELARASAN PERJANJIAN PEROLEHAN KERAJAAN

Program      8 Mei 2025      Putrajaya    

Unit Penasihat Undang-undang (UPUU), KPWKM telah berjaya melaksanakan Bengkel Pemantapan dan Penyelarasan Perjanjian Perolehan Kerajaan bertempat di Hotel DoubleTree by Hilton, Putrajaya.

Seramai 55 orang peserta termasuk pegawai-pegawai KPWKM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di ibu pejabat dan pegawai-pegawai JKM di 15 buah negeri telah menghadiri bengkel ini.

Satu sesi perbincangan mengenai isu-isu yang berbangkit berkaitan dengan perjanjian perolehan yang dikesan daripada hasil semakan UPUU dan Unit Undang-undang JKM serta penemuan Pengauditan Pengurusan Perolehan bagi PTJ telah dibentangkan oleh Unit Audit Dalam (UAD), KPWKM yang dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bilangan 4 Tahun 2024 telah diadakan pada sebelah pagi bertujuan untuk berkongsi masalah dan cadangan penambahbaikan dalam menguruskan perolehan kerajaan dengan lebih optimum.

Semasa sesi ini juga para peserta dijelaskan mengenai kepentingan untuk menggunakan templat-templat draf Perjanjian yang telah disediakan oleh UPUU dan tersedia dimuat naik dalam laman web KPWKM, JKM, JPW dan ISM untuk rujukan dan kemudahan semua pihak. Templat ini wajar diikuti oleh PTJ bagi minimumkan kesilapan pada draf-draf Perjanjian dan juga bagi tujuan keseragaman dan penyelarasan serta menjimatkan masa.

ATAS
Accessbility Option