LENSA KPWKM

PROGRAM INSPIRASI WANITA POTENSI KE LEGASI

Program      28 Januari 2026      Sarawak    

Program Inspirasi Wanita: Potensi ke Legasi

28 Januari 2026

Zon Borneo menjadi lokasi pertama diadakan Program Inspirasi Wanita anjuran Jabatan Pembangunan Wanita bagi tahun 2026.

Bertemakan “Potensi Ke Legasi”, program ini menjadi platform bagi perkongsian pengalaman dan aspirasi dari tokoh-tokoh dan ahli panel berpengalaman untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan wanita dalam mendepani cabaran dan tugas sebagai seorang pemimpin.

Seramai 500 peserta terdiri daripada pelajar, penjawat awam, sektor korporat serta peserta - peserta program PERANTIS telah menghadiri program hari ini.

Pelaksanaan program ini adalah sejajar dengan pelaksanaan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030, yang memberi tumpuan kepada aspek kepimpinan, keselamatan, kesejahteraan dan ekonomi.

ATAS
Accessbility Option