LENSA KPWKM

PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP

Program      9 Mac 2026      Putrajaya    

Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup

9 Mac 2026

Warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut mengikuti secara dalam talian Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang telah berlangsung pada hari ini di Dewan Serbaguna KPDN.

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim dalam ucapannya menekankan mengenai perkembangan geopolitik antarabangsa. Beliau menyeru setiap warga Kementerian untuk mengambil iktibar daripada konflik yang berlaku dengan memperkukuh semangat perpaduan dan kesatuan dalam negara. Beliau juga menggesa warga Kementerian untuk memperbaiki segala kelemahan, meningkatkan prestasi kerja serta menghentikan sebarang perkara yang membawa kepada perpecahan.

Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan sikap berjimat cermat sebagai langkah persediaan menghadapi kemungkinan ketidaktentuan ekonomi global.

Penyertaan warga KPWKM dalam perjumpaan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong aspirasi kerajaan, memperkukuh perpaduan dan memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

ATAS
Accessbility Option