Sekitar Program KESKEB KPWKM & YKN Kasih Ramadan
5 Mac 2026
Bulan Ramadan merupakan bulan penuh keberkatan dan peluang untuk kita memperbanyakkan amal jariah. Hari ini, Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB) KPWKM telah menganjurkan Program Agihan Juadah Tradisi seperti ketupat, lemang, rendang serta bubur jagung.
Lebih bermakna, penganjuran program pada kali ini disinergikan bersama Program YKN Kasih Ramadan anjuran Yayasan Kebajikan Negara. Kolaborasi ini bertujuan untuk membawa sinar keceriaan dan berkongsi rezeki bersama golongan sasar serta warga kerja yang memerlukan.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta barisan Pengurusan Tertinggi KPWKM turut sama mengagihkan juadah berbuka puasa kepada warga Kementerian, Jabatan dan Agensi.
Terima kasih dan syabas diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa, warga kerja, dan sukarelawan yang telah bertungkus-lumus menjayakan inisiatif murni ini. Semoga ukhuwah dan keharmonian ini terus terjalin kukuh. ????