LENSA KPWKM

KASIHNITA 2026 SASAR BANTU 5,000 IBU TUNGGAL

Program      16 April 2026      Kuala Lumpur    

KASIHNITA 2026 SASAR BANTU 5,000 IBU TUNGGAL

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada hari ini telah merasmikan Majlis Tautan Kasih Ibu Tunggal (KasihnITa) 2026 anjuran Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Program KasihnITa dirancang khusus untuk membina kapasiti ibu tunggal melalui tiga modul utama iaitu Kemahiran Perundangan, Pengurusan dan Literasi Kewangan serta Pembangunan Psikososial. Ketiga-tiga modul ini memberi fokus kepada peningkatan kefahaman hak, pengurusan kewangan yang mampan serta pengukuhan emosi dan daya tahan diri peserta.

Pada tahun 2026, KPWKM mensasarkan 5,000 penyertaan ibu tunggal melalui pelaksanaan Program KasihnITa dengan peruntukkan sebanyak RM3.5 juta yang akan diperluaskan ke 13 buah negeri di seluruh negara.

Pelaksanaan program tahun ini akan dibuat dalam dua fasa, iaitu Fasa 1 secara dalam talian yang merangkumi sesi advokasi dan pengenalan, diikuti Fasa 2 secara fizikal. Pendaftaran program telah dibuka mulai 1 Februari 2026 dan akan berakhir pada 20 April 2026.

Program ini merupakan manifestasi keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI dalam memastikan golongan ibu tunggal tidak terpinggir, sebaliknya terus diberi sokongan dan peluang untuk membina kehidupan yang lebih baik.

KPWKM sentiasa komited merangka dan melaksanakan inisiatif yang benar-benar memberi manfaat, supaya lebih ramai wanita, khususnya ibu tunggal, dapat dibantu untuk bangkit, berdikari dan membina masa hadapan yang lebih baik.

Turut hadir YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM, YBrs. Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah JPW.

ATAS
Accessbility Option