Kursus Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) anjuran Bahagian Kolaborasi Strategik (BKS) telah diadakan pada 3 Julai 2025 di Dewan Makan, Aras 7, KPWKM, dengan penyertaan seramai 20 orang peserta.
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dalam perbualan harian, merangkumi topik seperti huruf, nombor, kata ganti nama, kata tanya, keluarga, negeri, kata kerja, kata sifat serta istilah umum.
Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta mempraktikkan kemahiran yang dipelajari, termasuk penggunaan ekspresi wajah dan emosi yang sesuai dalam komunikasi.
Inisiatif ini adalah selaras dengan komitmen KPWKM untuk memupuk budaya kerja inklusif, mesra OKU dan menyokong prinsip kesamarataan peluang untuk semua.