LENSA KPWKM

LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA STRATEGIK KPWKM KE KOMPLEKS PENYAYANG NIBONG TEBAL DAN PUSAT JAGAAN DAMAI ABADI

Lawatan      13 Ogos 2025      Pulau Pinang    

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KPWKM Ke Kompleks Penyayang Nibong Tebal dan Pusat Jagaan Damai Abadi

13 Ogos 2025

YBrs. Encik Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik KPWKM meneruskan lawatan kerja dengan meninjau dua lagi institusi jagaan yang terletak di Pulau Pinang. Tinjauan dibuat bagi melihat aspek pengoperasian institusi, infrastruktur serta kemudahan yang disediakan.

Lawatan dimulakan dengan meninjau Kompleks Penyayang Nibong Tebal yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kompleks ini merupakan fasiliti pertama di bawah KPWKM yang mengetengahkan konsep intergenerasi dan menempatkan dua kumpulan sasar KPWKM iaitu warga emas dan kanak-kanak.

Fasiliti yang disediakan buat warga di sini sangat selesa bagi mereka meneruskan kelangsungan hidup. Antara kemudahan yang disediakan merangkumi:

-Pusat Komuniti
-Asrama kanak-kanak dan warga emas
-Taman Terapi Saujana
-Bilik Dobi
-Bilik Kaunseling
-Bilik Fisioterapi

Seterusnya, tinjauan diteruskan ke Pusat Jagaan Damai Abadi, sebuah pusat jagaan milik swasta yang memberi penjagaan dan perlindungan kepada warga emas serta penginapan kepada pesakit yang memerlukan rawatan secara harian.

Di sini, delegasi KPWKM diberikan taklimat ringkas mengenai pengoperasian pusat ini dan dibawa melihat suasana sekeliling serta kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada para penghuni.

Lawatan ini menjadi ruang buat kedua-dua pihak untuk meneroka bentuk kolaborasi yang boleh dilaksanakan. Selain itu, ia menjadi medan memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar terutama dalam mendepani cabaran negara tua pada tahun 2030.

ATAS
Accessbility Option