LENSA KPWKM

SESI KUNJUNGAN HORMAT YB DATO' SRI AZALINA BINTI OTHMAN SAID, MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (UNDANG-UNDANG DAN REFORMASI INSTITUSI) KEPADA YBM KPWKM BAGI MEMBINCANGKAN PELAKSANAAN AKTA ANTIBULI 2026

Mesyuarat      25 Februari 2026      Parlimen    

Kunjungan Hormat YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) kepada YB Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

25 Februari 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) dan delegasi bertempat di Parlimen, Malaysia.

Fokus utama pertemuan ini adalah untuk membincangkan persediaan-persediaan bagi penguatkuasaan Akta Antibuli 2026.

KPWKM menyokong penuh terhadap pelaksanaan Akta Antibuli 2026 ini demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak dan komuniti sentiasa terpelihara melalui kerangka perundangan yang lebih mantap.

ATAS
Accessbility Option