Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

SESI POLICY BRIEF KETUA SETIAUSAHA KPWKM DENGAN PIHAK BERKEPENTINGAN BERKAITAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL (RUU PKS)

Mesyuarat      15 April 2025      Putrajaya    

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil persatuan kerja sosial serta badan bukan Kerajaan dalam Sesi Policy Brief berkaitan Rang Undang-Undang Profesion Kerja Sosial (RUU PKS) di Putrajaya, hari ini.

Sesi ini diadakan bertujuan untuk menerangkan hala tuju Kerajaan dalam usaha pemerkasaan kerja sosial di Malaysia melalui penggubalan RUU Profesion Kerja Sosial.

Selain itu, sesi ini membolehkan pihak Kementerian bertukar-tukar pandangan serta mendapatkan input daripada pekerja sosial yang terlibat secara langsung dalam perkhidmatan kerja sosial kepada rakyat di lapangan.

Penggubalan RUU PKS bertujuan mewujudkan tadbir urus dan kawal selia yang jelas bagi pekerja sosial serta untuk mengiktiraf mereka sebagai pengamal profesional bagi melindungi kepentingan rakyat terutama kumpulan rentan yang merupakan penerima pelbagai perkhidmatan sosial.

ATAS
Accessbility Option