LENSA KPWKM

KPWKM PERTINGKAT ADVOKASI PENJAGAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) AUTISME

Program      4 Julai 2026      Sarawak    

KPWKM Pertingkat Advokasi Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme

4 Julai 2026

KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terus memperkukuh sokongan kepada komuniti autisme melalui Program Advokasi Penjagaan Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme Peringkat Sarawak Tahun 2026 yang telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Auditorium Pustaka Negeri Sarawak.

Program tersebut dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh kesedaran masyarakat mengenai autisme, meningkatkan pengetahuan berkaitan intervensi awal serta memperkasa sokongan kepada individu autisme dan keluarga mereka.

Program ini turut menjadi platform mempererat kerjasama strategik antara Kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pendidikan, sektor swasta dan komuniti dalam membina ekosistem yang lebih inklusif, mesra autisme dan menyokong perkembangan setiap individu mengikut potensi masing-masing.

Dalam program tersebut, YB Menteri KPWKM turut menyampaikan plak kepada penyedia perkhidmatan untuk Pusat Perkhidmatan Autisme (PPA) Sarawak sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam memperkukuh fasiliti perkhidmatan sokongan kepada komuniti autisme.

KPWKM terus komited memperluas akses kepada perkhidmatan, bantuan dan sokongan kepada komuniti autisme melalui pelbagai inisiatif, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dalam memastikan tiada siapa yang tercicir.

ATAS
Accessbility Option