LENSA KPWKM

MAJLIS PENUTUPAN KEMBARA KASIH KPWKM 2025 DAN MAJLIS PENYERAHAN NOTIS ANTIGANGGUAN SEKSUAL

Program      24 Mei 2025      Sabah    

Majlis Penutupan Kembara KASIH KPWKM 2025 dan Majlis Penyerahan Notis Antigangguan Seksual

24 Mei 2025

Setiap pengembaraan pasti ada penamatnya. Setelah merentasi 6 daerah di Sabah bermula dari Tuaran, kini kami tiba di Tawau untuk Majlis Penutupan Kembara KASIH KPWKM 2025 dan Majlis Penyerahan Notis Antigangguan Seksual.

Sokongan luar biasa dari anda menjadi kekuatan untuk pasukan konvoi Kembara KASIH melangkah ke setiap destinasi yang dituju.

Kami juga berbesar hati atas kesudian YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, JP Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah hadir bagi merasmikan Majlis Penutupan Kembara KASIH KPWKM.

Program-program yang dirangka sepanjang kembara ini merangkumi aspek Pemerkasaan Institusi Keluarga, Pembelaan dan Peningkatan Profesionalisme Wanita, Pembangunan Keupayaan dan Potensi Masyarakat, Pemantapan dan Kesejahteraan Komuniti serta Pembangunan Sektor Penjagaan.

Sebanyak 34 program berjaya dilaksanakan sepanjang kembara ini berlangsung dan memberi manfaat kepada seramai 10119 rakyat Sabah antaranya:

???? Jelajah Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Bergerak YKN
???? Forum PEKERTI Untuk Ibu Bapa
????Program Kesejahteraan Lelaki
????Program Toleransi Sifar Keganasan
????Program Citra Minda Intergenerasi
????Penyerahan Plak TASKA Berdaftar
????Ziarah Kasih dan penyampaian bantuan kepada klien-klien JKM dan LPPKN yang berada di sekitar kawasan laluan konvoi

Terima kasih orang-orang Sabah atas sokongan yang tidak berbelah dari hari pertama hingga hari terakhir program Kembara KASIH KPWKM 2025.

Sampai jumpa lagi bah ????????

ATAS
Accessbility Option