Program Wacana Khas Keluarga Islam Sarawak 2025
17 Ogos 2025
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berkolaborasi bersama Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) telah menganjurkan Program Wacana Khas Keluarga Islam Sarawak 2025 yang berlangsung di Dewan Suarah Miri.
Program yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini adalah hasil kerjasama pelbagai agensi antaranya Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (BSK, JKSM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sarawak, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).
Seramai 358 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai syariah, kakitangan Mahkamah Syariah, serta peserta daripada agensi-agensi kerajaan, ketua masyarakat, ketua kaum, guru takmir, guru KAFA, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan institusi-institusi pengajian tinggi sekitar Bandaraya Miri telah hadir pada hari ini.
Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu kekeluargaan dan masyarakat dari perspektif undang-undang Islam, memperkenalkan saluran khidmat perundangan kerajaan, memperkasa wanita dan institusi keluarga melalui pendidikan kesihatan serta kesejahteraan, dan mewujudkan platform interaktif antara komuniti dan agensi kerajaan bagi mencari penyelesaian kepada cabaran keluarga.
KPWKM sentiasa komited melaksanakan pelbagai inisiatif seperti program kaunseling keluarga, kursus praperkahwinan yang diperkasa, serta kempen kesedaran melalui Talian Kasih 15999 bagi memastikan institusi keluarga mendapat perlindungan dan bimbingan yang sewajarnya.