LENSA KPWKM

PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI BERSAMA YAB PERDANA MENTERI SECARA SIDANG VIDEO

Program      8 September 2026      Putrajaya    

Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Bersempena Dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi

8 September 2026

YAB Perdana Menteri telah menyampaikan amanat dalam Perjumpaan bersama warga Kementerian bersempena dengan Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi bagi bulan September 2026 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kementerian Perladangan dan Komoditi.

Warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut mengikuti perjumpaan ini secara dalam talian di Auditorium Aras 7, bangunan KPWKM.

Dalam amanat tersebut, YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan bahawa meskipun prestasi dan pencapaian yang direkodkan membanggakan, warga perkhidmatan awam tidak seharusnya cepat berpuas hati. Sebaliknya, usaha berterusan perlu dilaksanakan bagi memastikan prestasi dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Setiap penjawat awam disaran untuk sentiasa bekerja dengan bersungguh-sungguh demi memastikan penyampaian perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik.

Selain itu, aspek menyantuni masyarakat turut diberi penekanan, khususnya keperluan untuk sentiasa mendengar, memahami dan mengambil kira pandangan serta keperluan rakyat. Pendekatan yang dekat dengan masyarakat penting bagi memastikan dasar dan perkhidmatan yang disampaikan benar-benar memenuhi kehendak serta memberikan manfaat kepada golongan sasar.

Semoga amanat yang disampaikan menjadi pemangkin kepada seluruh warga KPWKM untuk terus bekerja dengan penuh integriti demi kesejahteraan rakyat dan negara.

ATAS
Accessbility Option