LENSA KPWKM

BENGKEL PELAKSANAAN PENILAIAN KENDIRI PENGURUSAN KEWANGAN DALAM SISTEM iAREF

Latihan      25 September 2025      Putrajaya    

Bengkel Pelaksanaan Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan dalam Sistem iAREF

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Unit Audit Dalam KPWKM telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan dalam Sistem iAREF pada 22 hingga 25 September 2025 bertempat di Aras 21, KPWKM.

Bengkel selama 4 hari ini diadakan secara hybrid merangkumi 2 siri yang melibatkan 89 Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Ibu Pejabat, Agensi Negeri dan institusi JKM. Siri 1 telah diadakan pada 22 dan 23 September 2025 yang dihadiri oleh seramai 95 orang peserta daripada 47 PTJ di bawah institusi JKM, manakala siri 2 pula telah diadakan pada 24 dan 25 September 2025 melibatkan seramai 82 orang peserta daripada 42 PTJ Ibu Pejabat dan Agensi Negeri.

Pelaksanaan bengkel ini merupakan salah satu usaha penambahbaikan berterusan terhadap akauntabiliti dan tadbir urus kewangan di peringkat Kementerian dan Agensi di bawahnya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memperkukuhkan budaya akauntabiliti dalam kalangan penjawat awam, ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan serta tadbir urus sektor awam. Melalui bengkel ini, para peserta telah diberi pendedahan serta latihan praktikal secara hands-on berkenaan penggunaan Modul Self-Assessment Audit (SAA) dalam Sistem iAREF bagi tujuan penilaian kendiri pengurusan kewangan di PTJ masing-masing.

Majlis Penutup Bengkel Pelaksanaan Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan dalam Sistem iAREF telah disempurnakan oleh Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM pada 25 September 2025.

ATAS
Accessbility Option