LENSA KPWKM

PROGRAM ADVOKASI PEKERTI DAN SENTUHAN KASIH: KHATAN PERDANA

Mesyuarat      13 September 2025      Sarawak    

Program Advokasi PEKERTI Dan Sentuhan KASIH: Khatan Perdana

13 September 2025

Program Advokasi PEKERTI Dan Sentuhan Kasih: Khatan Perdana telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Gersik, Kuching dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Acara ini bukan sekadar melaksanakan adat khatan, tetapi menjadi platform mendidik anak lelaki melalui Modul Cakna Diri Lelaki (SRH for Boys) yang diperkenalkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Modul ini memberi penekanan kepada aspek keberanian, kebersihan, tanggungjawab, kesaksamaan gender serta nilai-nilai murni yang perlu dipupuk sejak usia muda.

Lebih bermakna, majlis turut diserikan dengan gimik istimewa oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang menyiram para peserta. Acara simbolik ini mencerminkan semangat kebersamaan, sokongan komuniti serta keberanian yang dikongsi bersama dalam membimbing anak-anak ke arah dewasa.

Program ini juga dimeriahkan dengan sesi Pocket Talk yang memberi pendedahan kepada ibu bapa dan anak-anak mengenai alam baligh, kesihatan reproduktif serta peranan ayah dalam mendidik anak lelaki. Turut diadakan reruai perkhidmatan yang terdiri daripada LPPKN, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Yayasan Kebajikan Negara dan PDRM (D11).

Semoga usaha ini menjadi titik tolak melahirkan generasi lelaki yang berani, berakhlak dan bertanggungjawab, seiring aspirasi Malaysia MADANI.

ATAS
Accessbility Option