Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bilangan 1 2026
30 Mac 2026
Hari ini, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Audit Bilangan 1 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Aras 36, KPWKM.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Unit Audit Dalam serta memastikan tindakan preventive dan corrective diambil oleh pihak berkaitan supaya kelemahan-kelemahan dapat diperbetulkan dan tidak berulang.
KPWKM terus komited memperkukuh sistem tadbir urus kewangan yang berintegriti, selaras dengan prinsip akauntabiliti dan ketelusan dalam perkhidmatan awam.