Kunjungan Hormat International Justice Mission (IJM) Malaysia ke KPWKM
27 Februari 2026
YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM telah menerima kunjungan hormat daripada wakil International Justice Mission (IJM) Malaysia hari ini.
Pertemuan ini menzahirkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh sinergi strategik, khususnya bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan dan perlindungan kepada mangsa pemerdagangan orang. Fokus perbincangan tertumpu kepada usaha memperkasa mekanisme sokongan yang lebih responsif, bersepadu dan berpusatkan mangsa.
Turut sama hadir ialah YBrs. Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha di Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, YBrs. Dr. Faridah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita serta wakil Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat dari Jabatan Kebajikan Masyakarat.
Kerjasama ini diharapkan dapat terus memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh, khususnya dalam menyokong pegawai dan kakitangan di lapangan serta memastikan kebajikan dan keperluan mangsa pemerdagangan orang sentiasa terpelihara.