LENSA KPWKM

KPWKM SERTAI PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN SECARA DALAM TALIAN

Aktiviti      9 Februari 2026      KPWKM    

KPWKM Sertai Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Secara Dalam Talian

9 Februari 2026

Bagi meneruskan momentum awal tahun 2026, Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian telah berlangsung pada pagi ini di Dewan Damar Sari, Kompleks F8, Putrajaya dan diurusetiakan oleh Kementerian Perpaduan Negara.

Warga KPWKM turut bersama-sama menjayakan perjumpaan ini dengan mengikuti sesi tersebut secara dalam talian. Antara perkara utama yang diberi penekanan dalam perjumpaan ini ialah kepentingan memelihara perpaduan yang menjadi tunjang kepada keharmonian sosial, kestabilan politik serta kemajuan ekonomi negara. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut menegaskan sebarang isu sensitif yang melibatkan kaum dan agama perlu diurus dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang.

Seiring aspirasi Malaysia MADANI, KPWKM sentiasa menyokong agenda perpaduan negara dengan menyeru setiap warga kerjanya untuk menghayati dan menerapkan nilai-nilai kemanusiaan seperti toleransi, saling menghormati serta ihsan dalam setiap aspek perkhidmatan dan interaksi bersama masyarakat.

ATAS
Accessbility Option