LENSA KPWKM

MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA (MKBOKU) BILANGAN 1 TAHUN 2026

Mesyuarat      5 Mei 2026      KPWKM    

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2026

5 Mei 2026

Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bilangan 1 Tahun 2026 telah berlangsung pada hari ini dan dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Mesyuarat ini menghimpunkan ahli-ahli MKBOKU daripada pelbagai kementerian, agensi kerajaan serta anggota MKBOKU individu yang mempunyai kepakaran dan profesional berkaitan pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Malaysia.

Melalui mesyuarat ini, tiga Kertas Pertimbangan dan tiga Kertas Makluman telah dibentangkan iaitu:

#Kertas Pertimbangan

* Penyelarasan Hala Tuju Autisme Kebangsaan Cadangan Kerangka Strategik dan Kebolehlaksanaan Penubuhan Badan Koordinasi Autisme Kebangsaan

* Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya 2026 – 2030

* Kertas Cadangan Dasar, Garis Panduan dan Pelan Strategik Penyampaian Perkhidmatan Orang Pekak-Buta 2026- 2048

# Kertas Makluman

* Peranan Negara AI Dalam Memperkasakan OKU Melalui Teknologi AI

* Permohonan Kategori Laluan Khas (OKU) Yang Berjaya Mendapat Tawaran Melalui UPUonline

* NADINE (Neurodiversity Action for Development, Inclusion and Network Empowerment): Melangkah Dari Kesedaran ke Perlaksanaan

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri turut menyeru agar semua ahli mesyuarat dan jawatankuasa untuk mengambil tindakan proaktif terhadap setiap perkara yang dibangkitkan dalam usaha untuk memperkasakan golongan Orang Kurang Upaya secara holistik sekali gus memastikan hak serta kebajikan OKU terpelihara dan tidak terpinggir dari agenda pembangunan negara.

ATAS
Accessbility Option