LENSA KPWKM

12TH ASEAN MINISTERIAL MEETING ON SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT (12TH AMMSWD) DAN 8TH ASEAN PLUS THREE MINISTERIAL MEETING ON SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT (8TH AMMSWD+3)

Mesyuarat      29 Ogos 2025      KPWKM    

12TH ASEAN MINISTERIAL MEETING ON SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT (12TH AMMSWD) DAN 8TH ASEAN PLUS THREE MINISTERIAL MEETING ON SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT (8TH AMMSWD+3)

29 Ogos 2025

YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengetuai delegasi Malaysia bagi menghadiri 12th AMMSWD dan 8th AMMSWD + 3 secara dalam talian.

Mesyuarat 12th AMMSWD dimulakan dengan ucapan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri bagi menyerahkan kepengerusian AMMSWD yang disandang Malaysia selama tiga (3) tahun Myanmar melalui video rakaman. Dalam ucapan penyerahan tersebut, beliau berkongsi kejayaan yang telah dicapai oleh AMMSWD serta merakamkan ucapan penghargaan kepada negara-negara Anggota ASEAN, Sekretariat ASEAN dan rakan strategik yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam merealisasikan segala gerak kerja di bawah AMMSWD sepanjang tempoh Malaysia memegang kepengerusian AMMSWD. Beliau turut menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada Myanmar yang akan menerajui AMMSWD untuk tempoh baharu bagi dua (2) tahun yang akan datang.

Selain itu, YBrs. Puan Wan Noraidah binti Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), Jabatan Kebajikan Masyarakat selaku Pengerusi ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Children (ACWC) telah membentangkan laporan ACWC kepada ahli mesyuarat.

YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, telah memberikan intervensi berhubung pandangan Malaysia terhadap tema mesyuarat iaitu “Enhancing Responsive Social Protection for Vulnerable Groups in the ASEAN Community”. Di dalam intervensi tersebut, beliau berkongsi mengenai penganjuran program bersifat inklusif yang menyasarkan kumpulan rentan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sepanjang Malaysia memegang kepengerusian ASEAN pada tahun 2025.

Berpandukan Rancangan Malaysia ke-13, "Meningkatkan Lantai: Memartabatkan Taraf Hidup dan Melindungi Golongan yang Mudah Terjejas," Malaysia akan memberikan penekanan yang kuat terhadap aspek-aspek utama seperti industri penjagaan, orang kurang upaya, warga emas dan pekerja sosial. Malaysia juga komited untuk terus membina sistem perlindungan sosial yang responsif, inklusif dan lestari.

Semasa mesyuarat 8th AMMSWD + 3, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad turut menyampaikan intervensi bagi merakamkan ucapan penghargaan kepada Republik Korea atas sokongan yang diberikan melalui ASEAN-Korea Cooperation Fund (AKCF) dalam penganjuran ASEAN + ROK Conference on Care and Support for Older Person di Kuala Lumpur pada 30 Jun hingga 2 Julai 2025 yang lalu. Beliau juga mengalu-alukan kerjasama dengan rakan strategik AMMSWD+3 iaitu China, Jepun dan Republik Korea dalam program pembangunan kapasiti dan bantuan teknikal untuk menyokong ASEAN merealisasikan Enabling Masterplan serta inisiatif-inisiatif berkaitan penuaan; dua keutamaan yang saling berkait rapat memandangkan rantau ASEAN sedang menghadapi perubahan demografi yang pesat.

Turut hadir ke mesyuarat adalah YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, Puan Hanani Sapit, Ketua Pengarah JPW, Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPWKM, Puan Norhaslinda binti Mohd Sibi, Pengarah ISM serta pegawai-pegawai dari KPWKM, JKM, ISM dan LPPKN.

ATAS
Accessbility Option