8th Meeting of the ASEAN Advisory Group on Women, Peace and Security
11 September 2025
8th Meeting of the ASEAN Advisory Group on Women, Peace and Security (WPS) telah berlangsung secara ‘back to back’ dengan 2025 ASEAN WPS Summit pada 11 September 2025 di Kuala Lumpur, Malaysia.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh H.E. Koung Sorita, ASEAN Committee on Women (ACW) Cambodia sebagai Pengerusi ASEAN Advisory Group on WPS.
YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai wakil Hak Wanita ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) Malaysia telah menyampaikan pembentangan untuk Agenda 3: Outcomes of the 2025 ASEAN WPS Summit di mana beliau telah menegaskan bahawa suara dan kepimpinan wanita perlu dijadikan teras dan asas dalam menetapkan keputusan dan membina kesejahteraan dalam komuniti.
Antara keputusan mesyuarat adalah pelaksanaan Regional Plan of Action on Women, Peace and Security (RPA WPS) perlu melibatkan semua Negara Anggota ASEAN di pelbagai peringkat merangkumi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO/CSO), Pihak Akademik, Belia dan lain-lain. Selain itu, pelaksanaan projek-projek di bawah RPA WPS akan turut dibincangkan sewaktu Mesyuarat ACW dan ACWC yang akan diadakan di Bohol, Filipina pada bulan November 2025.
Mesyuarat ini telah turut dihadiri oleh YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), YBrs. Dr. Satish Ranggayah, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa (BHA) KPWKM, serta pegawai-pegawai BHA dan JPW. Rakan Dialog ASEAN iaitu Australia, New Zealand, United Kingdom, The Asia Foundation dan UN Women telah turut menghadiri mesyuarat ini sewaktu Open Session.