LENSA KPWKM

WOMEN, PEACE, AND SECURITY (WPS) FOCAL POINT NETWORK (FPN) THEMATIC MEETING, OSLO NORWAY

Mesyuarat      13 Mei 2025      Norway    

WOMEN, PEACE, AND SECURITY (WPS) FOCAL POINT NETWORK (FPN) THEMATIC MEETING, OSLO NORWAY

13 - 14 Mei 2025

Malaysia menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaku agensi peneraju bagi agenda Women, Peace and Security (WPS) telah menyatakan komitmen untuk terus memajukan agenda WPS di Malaysia dan juga di rantau Asia Tenggara.

Selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1325 pada tahun 2000 berkenaan WPS, 106 negara telah menjadi ahli rangkaian terbesar berkenaan WPS di peringkat antarabangsa termasuk Malaysia.

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff selaku Focal Point Malaysia telah berkongsi usaha memajukan agenda WPS di ASEAN seperti penghasilan ASEAN Regional Plan of Action on WPS, Localisation Toolkit and Guidelines for the ASEAN Regional Plan of Action on WPS dan juga 2nd ASEAN WPS Summit yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur pada bulan September 2025.

Ketua Delegasi Malaysia juga telah mengambil kesempatan untuk mengadakan perbincangan bersama wakil negara-negara ASEAN yang hadir ke mesyuarat ini. Antara intipati utama perbincangan, Puan Sorita Koung, Setiausaha Kerajaan Kementerian Hal Ehwal Wanita Cambodia yang juga Pengerusi ASEAN Advisory Group on WPS telah bersetuju berkenaan cadangan penghasilan satu resolusi berkenaan komitmen negara-negara ASEAN untuk memajukan agenda WPS di Asia Tenggara.

Malaysia yang juga dalam peringkat membangunkan Pelan Tindakaan Kebangsaan mengenai WPS akan terus bekerjasama dengan semua pihak dalam menjayakan agenda ini.

ATAS
Accessbility Option