KUNJUNGAN HORMAT WANITA PULAU PINANG KEPADA YB TIMBALAN MENTERI KPWKM
3 Julai 2026
Yang Berhormat Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Pembangunan Wanta, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada delegasi Wanita Pulau Pinang diketuai Yang Berhormat Heng Lee Lee, ADUN Berapit.
Sesi kunjungan hormat ini menjadi platform untuk bertukar pandangan, berkongsi idea dan membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan pemerkasaan wanita, kebajikan keluarga dan pembangunan komuniti secara inklusif.
Turut hadir dalam sesi ini ialah Cik Heng Yeh Shiuan, Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai.