LENSA KPWKM

PROGRAM YKN KASIH RAMADAN HER JOURNEY

Program      24 Februari 2026      Kuala Lumpur    

PROGRAM YKN KASIH RAMADAN : HER JOURNEY

24 Februari 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Program YKN Kasih Ramadan : HER Journey di Ideas Hotel Kuala Lumpur.

HER Journey merupakan platform intervensi sosial berfokus dalam memperkasa remaja perempuan yang memerlukan perlindungan dan jagaan. Program ini dirangka sebagai satu “journey” atau perjalanan membina jati diri, harapan dan kekuatan dalaman dalam kalangan peserta.

Program hari ini turut menghimpunkan 100 peserta Program Anjung Sinar YKN yang berusia 15 hingga 19 tahun terdiri daripada anak yatim piatu, mangsa penderaan atau pengabaian serta remaja di bawah Perintah Mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Melalui program ini, KPWKM mengambil inisiatif pendekatan whole-of-government dan whole-of-society dalam memastikan setiap intervensi sosial dilaksanakan secara bersepadu dan berkesan. Usaha ini diperkukuh melalui kerjasama rapat melibatkan kementerian, agensi kerajaan, rakan strategik, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Puan Nordina binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN) dan Rakan-Rakan Strategik termasuk Alliance Islamic Bank dan Kop Mantap Berhad serta Rockqueen, Dutch Lady, Gardenia, SLAE dan Nabeylla.

ATAS
Accessbility Option