Kunjungan Hormat Naib Canselor UPNM Ke Atas Menteri KPWKM
27 Januari 2026
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri hari ini menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj. Ahmad, Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Bangunan Parlimen.
Sesi ini memfokuskan kepada perbincangan mengenai kerjasama strategik antara KPWKM dan UPNM, khususnya dalam menawarkan peluang tajaan pengajian bagi membantu keluarga B40 serta memperkasa pembangunan sosial golongan sasar kementerian.
Turut hadir dalam sesi ini ialah YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Puan Nordina binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara (YKN), Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Dr. Satish a/l Ranggayah, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa serta delegasi UPNM.