LENSA KPWKM

KURSUS PEMBINAAN MUNSYI MUDA BAHASA SIRI 43 BIL. 2 TAHUN 2025 (SIRI KHAS KPWKM)

Latihan      5 Mei 2025      KPWKM    

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dengan kerjasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa Siri 43 Bil. 2 Tahun 2025 (Siri Khas KPWKM). Kursus ini diadakan bagi memenuhi keperluan sekurang-kurangnya 10 orang Munsyi Muda Bahasa di setiap kementerian, sebagaimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Bil. 1/2024.

Kursus khas ini telah dihadiri seramai 29 orang pegawai daripada KPWKM, jabatan dan agensi di bawahnya. Kursus yang berlangsung dari 14 hingga 18 April 2025 ini dibimbing oleh Encik Abdul Ghalib Yunus, seorang Munsyi Dewan yang berpengalaman luas dalam bidang bahasa.

Di akhir kursus, para peserta telah menduduki Ujian Kefahaman Bahasa yang dikendalikan oleh DBP. Berdasarkan keputusan yang diumumkan pada 5 Mei 2025, sebanyak 68 peratus peserta telah berjaya lulus dan seterusnya perlu mengikuti Kursus Pemantapan Bahasa yang dijadualkan pada Oktober 2025 sebelum ditauliahkan sebagai Munsyi Muda Bahasa oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Dengan pencapaian ini, KPWKM semakin hampir mencapai sasaran sekurang-kurangnya 10 orang Munsyi Muda Bahasa, selaras dengan aspirasi pemartabatan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam.

ATAS
Accessbility Option