LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PUAN MAIMUNA UMMI ABDULLAHI (COACH DIDDI) KE ATAS KETUA SETIAUSAHA KPWKM

Mesyuarat      8 April 2026      KPWKM    

Kunjungan Hormat oleh Puan Maimuna Ummi Abdullahi (Coach Diddi) ke atas Ketua Setiausaha KPWKM

8 April 2026

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Puan Maimuna Ummi Abdullahi (Coach Diddi), seorang pakar pembangunan diri dan kesihatan mental serta ahli Forbes Coaches Council.

Kunjungan ini telah disempurnakan melalui sesi pertemuan one-to-one bersama YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, bertempat di Bilik Ketua Setiausaha, Aras 36, KPWKM.

Perbincangan ini memberi tumpuan kepada perkongsian kepakaran dalam bidang:

i. Kesejahteraan emosi dan kesihatan mental wanita
ii. Pembangunan kepimpinan dan daya tahan (resilience)
iii. Pemerkasaan wanita melalui pendekatan psikososial dan latihan kemahiran

Selain itu, sesi ini turut membuka ruang kepada potensi kerjasama strategik antara KPWKM dan pihak Coach Diddi, khususnya dalam memperkukuh program sokongan kesejahteraan wanita serta komuniti.

KPWKM komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama antarabangsa dalam usaha memperkasa wanita, keluarga dan masyarakat secara holistik selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

ATAS
Accessbility Option