LENSA KPWKM

LAWATAN KERJA TKSU S KPWKM BERSAMA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS WANITA, KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT KE KUALA LUMPUR DAN JOHOR

Lawatan      18 Mei 2026      Pilihan    

LAWATAN KERJA ENCIK MOHD DAUD BIN MOHD ARIF, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK) BERSAMA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS WANITA, KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT KE KUALA LUMPUR DAN JOHOR

Pada 18 Mei lalu, Yang Berusaha Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) telah mengiringi delegasi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia dalam satu siri lawatan kerja rasmi.

Lawatan ini telah dimulakan dengan tinjauan operasi One Stop Crisis Center (OSCC) di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Siri lawatan kerja ini kemudiannya diteruskan ke negeri Johor. Delegasi telah mengadakan lawatan ke Hospital Sultanah Aminah, diikuti dengan satu sesi perjumpaan dan dialog yang cukup bermakna bersama wakil-wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bertempat di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor.

Sesi turun padang ini juga bertujuan untuk meninjau fasiliti sokongan kesihatan, menyelami isu-isu di peringkat akar umbi, serta memperkukuh sinergi antara pihak Kerajaan, Parlimen, dan NGO. Ia merupakan langkah berterusan dalam usaha memperkasa penyampaian perkhidmatan dan kebajikan masyarakat, khususnya bagi golongan sasar seperti wanita dan kanak-kanak.

ATAS
Accessbility Option