LENSA KPWKM

KESUBURAN RAKYAT SEBAGAI AGENDA KESIHATAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

Program      29 September 2026      Putrajaya    

KESUBURAN RAKYAT SEBAGAI AGENDA KESIHATAN DAN PEMBANGUNAN KELUARGA

29 September 2026

Kesihatan reproduktif adalah sebahagian agenda jangka panjang Kerajaan untuk memperkukuh institusi keluarga dan kelangsungan pembangunan negara.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ketika merasmikan “National Reproductive Health Symposium 2026” memaklumkan kadar kesuburan jumlah (TFR) Malaysia menurun kepada 1.6 anak bagi setiap wanita pada tahun 2024, berbanding 4.9 anak pada tahun 1970.

Isu kesuburan juga adalah isu bersama kedua-dua pasangan lelaki dan wanita. Justeru, menerusi mesej “Lebih Awal, Lebih Baik”, pasangan digalakkan mendapatkan penilaian dan rawatan kesuburan lebih awal dan secara pendekatan “couple-centred reproductive healthcare”

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus memperkukuh akses kepada perkhidmatan kesuburan menerusi Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti (BuAI), termasuk subsidi rawatan IUI kepada pasangan yang layak serta advokasi dan pendidikan kesihatan reproduktif.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kekal komited memperkukuh perkhidmatan kesihatan reproduktif yang lebih awal, berkualiti dan mudah diakses demi kesejahteraan keluarga serta masa depan negara.

ATAS
Accessbility Option