LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)

Mesyuarat      12 Mac 2026      KPWKM    

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN)

12 Mac 2026

YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Haji Ya’cob Bin Haji Samiran, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Pertemuan ini bertujuan untuk memaklumkan secara rasmi pelantikan KPWKM sebagai Ahli Majlis Latihan Khidmat Negara. Selain itu, perbincangan turut memfokuskan kepada:

* Mengenal pasti ruang dan peluang strategik yang berpotensi dilaksanakan bersama antara KPWKM dan JLKN.
* Menyelaras agenda pembangunan sosial KPWKM melalui program-program latihan di bawah JLKN, khususnya dalam memperkasakan golongan belia.

Turut hadir dalam pertemuan ini ialah YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM dan Kapten Nur Qurratu’ Ain Binti Mohd Rosdi daripada pihak JLKN.

KPWKM terus komited menjalinkan kerjasama ini menjadi jambatan kukuh dalam memacu agenda pembangunan sosial negara demi kesejahteraan masyarakat Malaysia MADANI.

ATAS
Accessbility Option