LENSA KPWKM

KPWKM SOKONG USAHA KERAJAAN MADANI MENJAMIN KESEJAHTERAAN RAKYAT MENDEPANI CABARAN SEMASA

Aktiviti      4 Mei 2026      KPWKM    

KPWKM Sokong Usaha Kerajaan MADANI Menjamin Kesejahteraan Rakyat Mendepani Cabaran Semasa

4 Mei 2026

Warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengikuti secara dalam talian Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang berlangsung di Dewan Damar Sari, Kompleks F, Putrajaya.

Dalam ucapannya, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri menegaskan bahawa pembangunan negara tidak boleh hanya berpaksikan pertumbuhan ekonomi semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira keseimbangan antara keperluan manusia dan kelestarian alam sekitar.

Kerajaan komited untuk memastikan pengurusan sumber asli dilaksanakan secara berhemah dan bertanggungjawab, bagi mengelakkan kemusnahan akibat eksploitasi berlebihan serta ketirisan yang boleh menjejaskan kesejahteraan rakyat.

Dalam mendepani cabaran global seperti ketidaktentuan geopolitik dan peningkatan kos sara hidup, Kerajaan terus memperkukuh usaha melalui pelaksanaan subsidi secara bersasar, mengekang ketirisan serta memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Pada masa yang sama, penekanan turut diberikan kepada penguatkuasaan yang lebih tegas dan berintegriti, di samping memperkukuh tadbir urus bagi memastikan setiap dasar dan pelaksanaan memberi impak yang nyata kepada rakyat.

Kerajaan juga kekal komited untuk mendengar suara rakyat di peringkat akar umbi dalam merangka penyelesaian yang lebih berkesan, demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Penyertaan warga kerja KPWKM dalam perjumpaan ini mencerminkan komitmen berterusan Kementerian dalam menyokong aspirasi Kerajaan MADANI, khususnya dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar terpelihara demi manfaat generasi masa hadapan.

ATAS
Accessbility Option