LENSA KPWKM

BENGKEL PEMURNIAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (S.O.P) BAGI PENJAGAAN DAN PERLINDUNGAN ORANG YANG DIPERDAGANGKAN

Mesyuarat      27 Ogos 2025      Selangor    

Bengkel Pemurnian Prosedur Operasi Standard (S.O.P) bagi Penjagaan dan Perlindungan Orang yang Diperdagangkan serta Penetapan Kriteria Rumah Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang

27 Ogos 2025

Bengkel Pemurnian Prosedur Operasi Standard (S.O.P) bagi Penjagaan dan Perlindungan Orang yang Diperdagangkan serta Penetapan Kriteria Rumah Perlindungan Mangsa Pemerdagangan Orang telah berlangsung dengan jayanya pada 25 hingga 27 Ogos 2025 di Shah Alam, Selangor. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bengkel ini merupakan kesinambungan daripada Bengkel Semakan Semula SOP yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Oktober 2024, melibatkan penyertaan agensi di bawah KPWKM serta wakil rumah perlindungan. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk meneliti semula prosedur dan tatacara kerja sedia ada, di samping memurnikan SOP agar lebih komprehensif. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan merangka Kriteria Rumah Perlindungan supaya selaras dengan piawaian antarabangsa.

Bengkel ini turut disertai oleh pelbagai agensi dan pihak berkepentingan, termasuk Bahagian Keselamatan dan Penilaian Teknikal, Ketua Pegawai Pengawal Keselamatan Kerajaan (CGSO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Pejabat Strategik Nasional Anti-Pemerdagangan Orang dan Anti-Penyeludupan Migran (NSO MAPO), Bahagian Pembangunan KPWKM, Bahagian Penasihat Undang-Undang KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), serta Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

ATAS
Accessbility Option