Berbekalkan semangat Malaysia MADANI, matlamat kita adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang makmur dan maju. Hasrat ini menjadi tanggungjawab semua termasuk golongan wanita yang merupakan penyumbang kepada kepada negara dan turut menggalas tanggungjawab untuk memimpin.
YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah menyempurnakan Program International Conference For Empowering Women’s Inclusive Leadership (ICEWIL) di Zenith Hotel, Putrajaya.
KPWKMmelalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) komited memperkasa kepimpinan wanita untuk mencapai kesaksamaan gender dan memanfaatkan potensi penuh wanita dalam semua bidang yang diceburi. Wanita menyumbang hampir separuh daripada populasi global dan sumbangan mereka meliputi bidang ekonomi, tadbir urus dan pembangunan sosial. Kepimpinan inklusif bukan hanya mengenai perwakilan sahaja tetapi merangkumi suara wanita, perspektif dan kebolehan membuat keputusan.
Program ICEWIL anjuran JPW dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ini menyediakan platform kepada penyelidik, ahli akademik, penggubal dasar, ahli atau wakil NGO dan orang ramai untuk membincangkan dan membentangkan penemuan, pendekatan, penyelesaian, strategi dan mekanisme yang baharu dalam mengarusperdanakan gender demi kesejahteraan sosial.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah forum Women in Leadership and Decision Making, Working Session, reruai serta pameran Jabatan dan Agensi kerajaan. Kerajaan MADANI komited mewujudkan persekitaran yang menyokong dan memberi peluang kepada wanita untuk mengembangkan kemahiran dan kepimpinan mereka.
Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk. Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Puan Hanani Binti Sapit, Ketua Pengarah JPW, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan dan Agensi Kementerian.