LENSA KPWKM

GOVERNMENT LEADERS FORUM BERSEMPENA GLOBAL SUMMIT OF WOMEN 2025 DI BERLIN, JERMAN

Program      3 Julai 2025      Berlin, Jerman    

Government Leaders Forum bersempena Global Summit of Women 2025 di Berlin, Jerman

3 Julai 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membentangkan inisiatif Malaysia – Program Women Gig@BIT semasa Government Leaders Forum bersempena Global Summit of Women 2025 di Berlin, Jerman, . Ia menyentuh tentang inisiatif memperkasa wanita melalui ekonomi gig dan bisnes dalam teknologi digital. Perkongsian amalan terbaik Malaysia telah mendapat perhatian para delegasi kerana berjaya menampilkan konsep kerjasama strategik antara Kerajaan dengan pihak swasta yang turut menyatakan kejayaan usahawan wanita yang menyertai Women Gig@BIT ini.

Forum ini yang dikhususkan untuk wakil-wakil tinggi Kerajaan menghimpunkan 21 delegasi daripada pelbagai negara termasuk beberapa orang Menteri. Antara Menteri yang turut hadir adalah Menteri Ekonomi dan Tenaga Jerman, Hon. Katherina Reiche; Menteri Pendidikan, Wanita, Warga Emas dan Belia, Jerman, Hon. Karin Prien; Menteri Pemerkasaan Wanita Cameroon, Hon. Marie-Therese dan Menteri Hal Ehwal Wanita Kemboja, Hon. Kantha Phavi.

Antara pembentangan oleh delegasi negara lain adalah mengenai penglibatan wanita di dalam STEM, latihan di dalam ekonomi digital dan sektor informal.

Malaysia terus komited untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama global demi pemerkasaan wanita dalam pelbagai sektor.

ATAS
Accessbility Option