LENSA KPWKM

SESI LIBAT URUS DIALOG KONSTRUKTIF KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK BERSAMA BADAN BUKAN KERAJAAN

Mesyuarat      12 Januari 2026      KPWKM    

Sesi Libat Urus Dialog Konstruktif Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Bersama Badan Bukan Kerajaan

12 Januari 2026

Sebagai persediaan menjelang sesi Dialog Konstruktif Malaysia di Geneva pada 22 dan 23 Januari 2026 ini, KPWKM telah menganjurkan Sesi Libat Urus Dialog Konstruktif Laporan Berkala Kedua Hingga Keempat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) bersama badan-badan bukan kerajaan.

Sesi yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ini telah menghimpunkan wakil beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan bagi mendengar dan mendapatkan pandangan berkaitan usaha-usaha penambahbaikan dalam mengangkat hak kanak-kanak di Malaysia.

Pelbagai isu berkaitan kanak-kanak telah dibincangkan dan KPWKM amat menghargai sokongan berterusan semua pihak berkaitan isu kanak-kanak khususnya berkaitan CRC.

Sesi ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff Ketua Setiausaha, KPWKM dan pegawai-pegawai KPWKM.

ATAS
Accessbility Option