LENSA KPWKM

REGIONAL WORKSHOP ON TECHNICAL ASSISTANCE TO PROVIDE ACCESS AND OPPORTUNITY FOR OLDER PERSONS IN ASEAN

Mesyuarat      21 Mei 2025      Cambodia    

Regional Workshop on Technical Assistance to Provide Access and Opportunity for Older Persons in ASEAN
 
21 - 22 Mei 2025
 
“Regional Workshop on Technical Assistance to Provide Access and Opportunity for Older Persons in ASEAN” anjuran ASEAN Senior Officials Meeting on Social Welfare and Development (SOMSWD) Cambodia telah diadakan pada 21 hingga 22 Mei 2025 di Phnom Penh, Cambodia.
 
Program ini telah dihadiri oleh wakil dari Kementerian iaitu Puan Norfazlin binti Supari, dari Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Hadir sama ialah Pengerusi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Rembau, Negeri Sembilan iaitu Puan Norzila binti Ismail.
 
Objektif program ini adalah bagi mengkaji semula dan berkongsi amalan terbaik serta pengalaman dalam bidang keutamaan berkaitan sumber manusia, ketersediaan dan penggunaan sumber yang sesuai serta dasar atau rangka kerja nasional sedia ada yang melindungi dan mempromosikan hak dan kepentingan warga emas.
 
Ia juga diadakan bagi membincangkan isu penuaan penduduk secara berkesan serta mempromosikan penuaan sihat, aktif dan proaktif di rantau ASEAN. YM Dato’ Dr. Tengku Aizan Hamid, Felo Akademi Sains Malaysia telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel pada hari pertama. Selain itu, wakil kementerian juga telah bertindak sebagai fasilitator bagi sesi kedua perbincangan dan refleksi pada hari pertama bengkel yang bertajuk “Human Resources Enhancing Services for Older People in ASEAN”.
 
Setiap peserta berpeluang berkongsi pandangan dan idea berkaitan cabaran dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh setiap negara ASEAN yang terlibat. Laporan hasil program ini seterusnya akan dikemukakan kepada semua SOMSWD Focal Points melalui Sekretariat ASEAN.

ATAS
Accessbility Option