LENSA KPWKM

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PANGGILAN TALIAN KASIH 15999, KPWKM KE NGMERS999

Lawatan      25 September 2026      Kuala Lumpur    

LAWATAN PENANDA ARAS PUSAT PANGGILAN TALIAN KASIH 15999, KPWKM KE NGMERS999

25 September 2026

Pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pusat Panggilan NGMERS999 bagi melihat secara dekat pengoperasian pusat panggilan tersebut. Selain itu, mereka juga berpeluang mendapat maklumat dan perkongsian tentang amalan terbaik yang boleh dijadikan rujukan dalam usaha memperkasa pengoperasian serta penyampaian perkhidmatan Pusat Panggilan Talian Kasih 15999.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPWKM untuk menambah baik keupayaan dan penyampaian perkhidmatan Talian Kasih 15999 agar dapat memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, responsif dan berkesan kepada rakyat.

Dalam lawatan tersebut, pihak KPWKM telah diberikan taklimat berkaitan pengoperasian NGMERS999 serta berpeluang mengadakan lawatan ke Response Center NGMERS999 bagi melihat dengan lebih dekat pengoperasian pusat panggilan berkenaan.

Talian Kasih 15999 komited untuk memberikan khidmat terbaik sebagai talian bantuan sokongan sosial kerajaan yang beroperasi 24 jam sehari, 365 hari setahun bagi menyediakan bantuan dan sokongan sosial kepada masyarakat yang memerlukan.

Lawatan ini telah disertai oleh wakil pegawai daripada Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM), Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan Pusat Panggilan Talian Kasih 15999.

ATAS
Accessbility Option